Tuesday, November 2, 2010

HEDONISM menjana.....





Assalamualaikum  kepada semua pembaca....
Izinkan pacal yang hina lagi kekurangan mempersembahkan tulisan hamba yang serba daif ini.


   Dalam menelusuri liku-liku kehidupan di zaman modenisasi ini, pelbagai budaya yang menongkah
arus kehidupan masyarakat tempatan khususnya masyarakat Melayu mudah meresap menerusi
pelbagai sudut sama ada secara terus mahupun secara halus. Budaya yang tiada sedikit pun nilai moral ini
telah menjadikan anak-anak muda terus hanyut di bawa arus kemodenan serta kemajuan taraf hidup masyarakatpasca kemerdekaan.Telah hilang nilai-nilai murni yang disematkan ke dalam diri mereka sejak dari kecil lagi selepas tersebarnya virus-virus yang bertebaran dari barat seperti hedonism. Hedonism menurut istilah perkamusan ditakrifkan sebagai pegangan atau pan­dang­an hidup yg mementingkan kese­ronokan atau kesenangan hidup. Ini menunjukkan pengikut budaya hedonism ini hanya mengutamakan keseronokan hidup tanpa menjadikan agama sebagai rujukan sebelum melakukan sesuatu perbuatan mahupun tindakan. Oleh hal yang demikian,golongan ini terus mengamalkan budaya ini lantas mengakibatkan berlakunya bencana sosial yang kian merusingkan pelbagai pihak. Gejala seperti pembuangan bayi,homoseks,seks bebas sudah sebati dengan kehidupan segelintir anak muda yang beragama Islam.Adakah bencana ini disebabkan kegagalan ibu bapa ataupun guru dalam mendidik pelajar untuk menjadi insan berguna?Mungkin juga ia berpunca daripada kegagalan pihak yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan remaja.Mari kita sama-sama menyelusuri secara sepintas lalu mengapa budaya hedonism ini terus menular dalam kalangan remaja Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Kehadiran ikon GAY dunia ke Malaysia pada tanggal 14 Oktober 2010 mengundang bantahan daripada
pelbagai pihak yang peka terhadap isu ini. Kehadiran penyanyi bernafsu sonsang yang bernama Adam Lambert ke Malaysia sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat serta kaum kerabat sonsangnya. Ini ditambah lagi dengan penganjuran konsert yang dikendalikan oleh penyanyi itu sendiri menyebabkan pihak-pihak yang peka terhadap sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia bertungkus-lumus membantah kehadiran
penyanyi bernafsu sonsang ini melalui pelbagai medium seperti menghantar surat bantahan kepada pihak yang bertanggungjawab meluluskan konsert ini. Namun, apa yang mendukacitakan bantahan pihak tersebut ibarat mencurah air ke daun keladi kerana bantahan itu lansung tidak diambil peduli. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,pertubuhan yang membantah penganjuran konsert itu terus dicemuh oleh pelbagai pihak dan lebih memilukan ada pihak yang mengatakan pihak tersebut ekstrimis dan ketinggalan zaman.Tidakkah mereka terfikir akan implikasi negatif terhadap kehidupan remaja dengan penganjuran kosert mega yang dihadiri oleh artis bernafsu sonsang. Janganlah sampai ada bala besar menimpa negara kita disebabkan kekhilafan segelintir
rakyat negara ini barulah kita hendak terkocoh-kocoh mencari jalan keluar untuk masalah ini. Tepuk dada tanyalah iman.Statistik demi statistik dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk menunjukkan peratusan penglibatan remaja dalam gejala sosial dan apa yang mengejutkan juara bagi kesemua perbuatan yang menongkah ini adalah anak-anak Melayu yang beragama Islam.Membuang bayi telah dingguli oleh remaja Melayu.Begitu juga dengan seks bebas yang turut dijuari oleh remaja kita dan tidak ketinggalan gejala mat rempit ataupun nama penanya samseng jalanan terus diketuai oleh anak-anak Melayu kita. Statistik ini menunjukkan betapa hebatnya remaja Melayu yang beragama Islam dalam semua peraduan menjuarai gejala sosial.Kelakar bukan?sedang anak-anak bangsa lain bertungkus lumus mengukir kejayaan demi kejayaan,anak melayu kita terus hanyut dibawa arus kemodenan.

Siapa,mengapa,kenapa,dimana.Persoalan yang selalu di utarakan sewaktu berlakunya sesuatu masalah.
Ubahlah mentaliti kita demi kebaikan anak-anak kita di masa hadapan.Jika budaya hedonism ini terus dibiarkan merebak tanpa ada sebarang langkah untuk membanteras, generasi masa hadapan yang bakal menerima habuan daripada bencana ini.Mahukah kalian melihat anak-anak kalian hidup berhambakan fahaman hedonism?Mahukah kita semua dipimpin oleh golongan yang cetek pengetahuan agamanya?
Fikirkanlah sahabat maya ku. Sebagai remaja yang berpendidkan kita seharusnya menyumbangkan keringat untuk bersama menyahkan budaya hedonism ini dari terus mencalar dan merobek kesucian kehidupan rakan-rakan kita. Jangan ingat anda terlepas daripada hukuman sekiranya anda membiarkan rakan anda terus bergelumang dalam dunia fantasi karutnya itu kerana anda juga akan menerima "habuan" apabila berada di alam sana.

sekian...

satu percubaan terbaru aku utk menulis pos berbentuk formal...
kamuorang bacelah esei merepek aku ni...
sebaramg kekurangan mohon diampunkan
yang baik datangnya dari Allah...
yang terkutuk tu aku sendiri yang buat....
selamat malam!!