Thursday, June 28, 2012

Lelabah: Seni dalam kehancuran


Artikel ini bukanlah 100% cetusan minda penulis. Artikel yang sebenar ialah hasil tulisan prof.Madya Dr Mat Rofa. Artikel ini diolah semula untuk kesesuaian blog dan  artikel  ini  merupakan  percubaan  penulisan  artikel  ilmiah  saya  yang  pertama.Segala  keterlanjuran  kata  saya  dahului  dengan  ribuaan  maaf  dan  ampun.

Labah-labah ialah salah satu daripada ribuan serangga yang wujud di bumi ini. Umum mengetahui  labah-labah merupakan serangga  yang  mempunyai kemahiran  untuk  merekabentuk  sarangnya.
Ketelitian  sang  lelabah  membentuk  sarangnya  amat  mengagumkan  umat manusia. Walaubagaimanapun, lelabah  merupakan  serangga  yang  begitu  simbolik  terhadap  institusi  kekeluargaan manusia  sejagat.

Sebelum kita  selusuri  lebih lanjut kaitan  kitaran  hidup  labah-labah  dengan  institusi  kekeluargaan  manusia mari  kita kaji  serba  sedikit  tatacara  kehidupan  sang  lelabah. Secara amnya, labah-labah betina bertanggungjawab untuk   membina sarangnya  dan  menghias dirinya sebaik mungkin  untuk menarik  perhatian  sang  lelabah  jantan. Sebaliknya, Sang lelabah jantan hanya datang ke sarangnya dengan tujuan melakukan hubungan kelamin semata-mata dan selepas  proses hubungan  kelamin  selesai, sang  lelabah  akan  segera  meninggalkan  sarangnya. Sekiranya  sang  lelabah  lewat  meninggalkan  saranganya , maka  lelabah  betina  akan  segera  membunuhnya.

Sarang labah-labah  yang  dibina  bukanlah  berperanan  sebagai  rumah  sahaja, sebaliknya  sarang  tersebut  berperanan  jerangkap  samar  yang  akan  memerangkap  serangga  kecil  yang lain  yang  tersangkut  pada  jaringan  sarang  tersebut. Anak-anak  lelabah  yang  membesar  dalam  sarang  tersebut  akan  bercakaran  dan  berbunuhan  sesama  sendiri. Sebagai kesannya, hanya  beberapa  ekor  anak-anak lelabah  sahaja  yang mampu membesar  dengan  sempurna. Sebaik sahaja  anak  lelabah  membesar  dengan  sempurna  dan  struktur  rahangnya  semakin  kukuh, anak  lelabah  ini  kemudiannya  akan  mengigit  dan  membunuh  ibunya  sendiri.

Secara  fizikalnya  kita  begitu  kagum  dengan  binaan sarang  lelabah  yang  kompleks  dan  teliti  serta  begitu  gah  dari  pandangan  luaran.Namun  hakikatnya, sarang  lelabah  hanyalah  indah  khbar  dari  rupa kerana kecelaruan  dan  keruntuhan  sistem  kekeluargaan sang  lelabah  menyebabkan  kehancuran  dan kemusnahan  semata-mata.  Sang  lelabah  akan  bercakaran  sesama  sendiri  dan  berbunuh-bunuhan  dan  hanya  labah-labah  yang  terkuat  akan meneruskan  kelangsungan  hidup.Kitaran  hidup  labah-labah  yang  digambarkan  sebentar  tadi  merupakan  simbolik  kepada  keruntuhan  institusi  kekeluargaan  manusia  natijah  daripada kemarau  kasih  sayang antara  ahli  keluarga. Tanpa kita sedari  disebalik  keindahan  seni  bina  sarang  lelabah  terdapat  pengajaran  yang  begitu  penting  mengenai  kekeluargaan.

Akhir kalam, keutuhan  sesebuah  peradaban  manusia  bermula  dengan  sekecil-kecil  keluarga. Tanpa  asas  kekeluargaan  yang  kukuh, segalanya  boleh  musnah  dengan  tragik  dan  ngeri. Aktiviti  memerhatikan  kitaran  hidup  serangga  ciptaan  Illahi  merupakan  satu  aktiviti  yang  menginsafkan.
Labah-labah  ialah  simbolik kepada  kesungguhan dalam  melakukan  sesuatu  selain  daripada  simbolik  kepada  keruntuhan  institusi  kekeluargaan. Sekian.Wallahu’alam.

FirmanAllah:

“ misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.”

(Surah Al-Ankabut:41)