Artikel ini bukanlah 100% cetusan minda penulis. Artikel
yang sebenar ialah hasil tulisan prof.Madya Dr Mat Rofa. Artikel ini diolah
semula untuk kesesuaian blog dan
artikel ini merupakan
percubaan penulisan artikel
ilmiah saya yang
pertama.Segala keterlanjuran kata
saya dahului dengan
ribuaan maaf dan
ampun.
Labah-labah ialah salah satu daripada ribuan serangga yang wujud di bumi ini. Umum mengetahui labah-labah merupakan serangga yang mempunyai kemahiran untuk merekabentuk sarangnya.
Ketelitian sang lelabah membentuk sarangnya amat mengagumkan umat manusia. Walaubagaimanapun, lelabah merupakan serangga yang begitu simbolik terhadap institusi kekeluargaan manusia sejagat.
Sebelum kita selusuri lebih lanjut kaitan kitaran hidup labah-labah dengan institusi kekeluargaan manusia mari kita kaji serba sedikit tatacara kehidupan sang lelabah. Secara amnya, labah-labah betina bertanggungjawab untuk membina sarangnya dan menghias dirinya sebaik mungkin untuk menarik perhatian sang lelabah jantan. Sebaliknya, Sang lelabah jantan hanya datang ke sarangnya dengan tujuan melakukan hubungan kelamin semata-mata dan selepas proses hubungan kelamin selesai, sang lelabah akan segera meninggalkan sarangnya. Sekiranya sang lelabah lewat meninggalkan saranganya , maka lelabah betina akan segera membunuhnya.
Sarang labah-labah yang dibina bukanlah berperanan sebagai rumah sahaja, sebaliknya sarang tersebut berperanan jerangkap samar yang akan memerangkap serangga kecil yang lain yang tersangkut pada jaringan sarang tersebut. Anak-anak lelabah yang membesar dalam sarang tersebut akan bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri. Sebagai kesannya, hanya beberapa ekor anak-anak lelabah sahaja yang mampu membesar dengan sempurna. Sebaik sahaja anak lelabah membesar dengan sempurna dan struktur rahangnya semakin kukuh, anak lelabah ini kemudiannya akan mengigit dan membunuh ibunya sendiri.

Secara
fizikalnya kita begitu
kagum dengan binaan sarang
lelabah yang kompleks
dan teliti serta
begitu gah dari
pandangan luaran.Namun hakikatnya, sarang lelabah
hanyalah indah khbar
dari rupa kerana kecelaruan dan keruntuhan
sistem kekeluargaan sang lelabah
menyebabkan kehancuran dan kemusnahan semata-mata.
Sang lelabah akan
bercakaran sesama sendiri
dan berbunuh-bunuhan dan
hanya labah-labah yang
terkuat akan meneruskan kelangsungan
hidup.Kitaran hidup labah-labah
yang digambarkan sebentar
tadi merupakan simbolik
kepada keruntuhan institusi
kekeluargaan manusia natijah
daripada kemarau kasih sayang antara
ahli keluarga. Tanpa kita
sedari disebalik keindahan
seni bina sarang
lelabah terdapat pengajaran
yang begitu penting
mengenai kekeluargaan.
Akhir kalam, keutuhan
sesebuah peradaban manusia
bermula dengan sekecil-kecil
keluarga. Tanpa asas kekeluargaan
yang kukuh, segalanya boleh
musnah dengan tragik
dan ngeri. Aktiviti memerhatikan
kitaran hidup serangga
ciptaan Illahi merupakan
satu aktiviti yang
menginsafkan.
Labah-labah ialah simbolik kepada kesungguhan dalam melakukan sesuatu selain daripada simbolik kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Sekian.Wallahu’alam.

FirmanAllah:
“ misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.”

(Surah Al-Ankabut:41)
0 kritikan: