Sunday, January 26, 2014

Aku

aku kaya
aku punya segalanya
hidupku tidak berkeringat

aku kaya
rutinku dijendela
meghirup udara kota
menyingkap derita manusia

ada kulihat
sepasang marhaen
kudratnya diperas lumat
siang malamnya
habis diliku-liku kota
namun hasilnya sekadar
nasi berteman garam

ada kulihat
gerombolan manusia 
luas memori ilmunya
namun kosa kata cuma dua
gerombolan itu bertebaran
berteman hujah debatnya
dan sayup kudengari
hanya halal dan haram

aku bosan
kutinggal jendela
dan aku turun ke kota
dengan pakaiku mahal
berteman kereta dan supirku
untuk mencari ragam manusia

namun aku tidak betah
kerana kota itu berbau 
tidak mampu kuhadam
lalu ku berlalu
gusar andai debu kota
mencemar pakai mahalku
kuherdik supirku bawaku pulang

aku pulang
aku buka coretanku
lalu ditulis bermacam filsuf
kritikan ragam manusia
lagakku seperti kutahu
segala hirisan derita 
manusia kota

ketika itu
punggungku dilapis kerusi
empuk roman
mejaku dari itali
minumku secawan ekspreso
diteman ruangkan indah
seperi inggeris klasik

alangkah hebatnya
manusia seperti aku
mampu berfilsuf
hanya dari jendela!

**aku lelah dengan manusia lesu.

Thursday, June 28, 2012

Lelabah: Seni dalam kehancuran


Artikel ini bukanlah 100% cetusan minda penulis. Artikel yang sebenar ialah hasil tulisan prof.Madya Dr Mat Rofa. Artikel ini diolah semula untuk kesesuaian blog dan  artikel  ini  merupakan  percubaan  penulisan  artikel  ilmiah  saya  yang  pertama.Segala  keterlanjuran  kata  saya  dahului  dengan  ribuaan  maaf  dan  ampun.

Labah-labah ialah salah satu daripada ribuan serangga yang wujud di bumi ini. Umum mengetahui  labah-labah merupakan serangga  yang  mempunyai kemahiran  untuk  merekabentuk  sarangnya.
Ketelitian  sang  lelabah  membentuk  sarangnya  amat  mengagumkan  umat manusia. Walaubagaimanapun, lelabah  merupakan  serangga  yang  begitu  simbolik  terhadap  institusi  kekeluargaan manusia  sejagat.

Sebelum kita  selusuri  lebih lanjut kaitan  kitaran  hidup  labah-labah  dengan  institusi  kekeluargaan  manusia mari  kita kaji  serba  sedikit  tatacara  kehidupan  sang  lelabah. Secara amnya, labah-labah betina bertanggungjawab untuk   membina sarangnya  dan  menghias dirinya sebaik mungkin  untuk menarik  perhatian  sang  lelabah  jantan. Sebaliknya, Sang lelabah jantan hanya datang ke sarangnya dengan tujuan melakukan hubungan kelamin semata-mata dan selepas  proses hubungan  kelamin  selesai, sang  lelabah  akan  segera  meninggalkan  sarangnya. Sekiranya  sang  lelabah  lewat  meninggalkan  saranganya , maka  lelabah  betina  akan  segera  membunuhnya.

Sarang labah-labah  yang  dibina  bukanlah  berperanan  sebagai  rumah  sahaja, sebaliknya  sarang  tersebut  berperanan  jerangkap  samar  yang  akan  memerangkap  serangga  kecil  yang lain  yang  tersangkut  pada  jaringan  sarang  tersebut. Anak-anak  lelabah  yang  membesar  dalam  sarang  tersebut  akan  bercakaran  dan  berbunuhan  sesama  sendiri. Sebagai kesannya, hanya  beberapa  ekor  anak-anak lelabah  sahaja  yang mampu membesar  dengan  sempurna. Sebaik sahaja  anak  lelabah  membesar  dengan  sempurna  dan  struktur  rahangnya  semakin  kukuh, anak  lelabah  ini  kemudiannya  akan  mengigit  dan  membunuh  ibunya  sendiri.

Secara  fizikalnya  kita  begitu  kagum  dengan  binaan sarang  lelabah  yang  kompleks  dan  teliti  serta  begitu  gah  dari  pandangan  luaran.Namun  hakikatnya, sarang  lelabah  hanyalah  indah  khbar  dari  rupa kerana kecelaruan  dan  keruntuhan  sistem  kekeluargaan sang  lelabah  menyebabkan  kehancuran  dan kemusnahan  semata-mata.  Sang  lelabah  akan  bercakaran  sesama  sendiri  dan  berbunuh-bunuhan  dan  hanya  labah-labah  yang  terkuat  akan meneruskan  kelangsungan  hidup.Kitaran  hidup  labah-labah  yang  digambarkan  sebentar  tadi  merupakan  simbolik  kepada  keruntuhan  institusi  kekeluargaan  manusia  natijah  daripada kemarau  kasih  sayang antara  ahli  keluarga. Tanpa kita sedari  disebalik  keindahan  seni  bina  sarang  lelabah  terdapat  pengajaran  yang  begitu  penting  mengenai  kekeluargaan.

Akhir kalam, keutuhan  sesebuah  peradaban  manusia  bermula  dengan  sekecil-kecil  keluarga. Tanpa  asas  kekeluargaan  yang  kukuh, segalanya  boleh  musnah  dengan  tragik  dan  ngeri. Aktiviti  memerhatikan  kitaran  hidup  serangga  ciptaan  Illahi  merupakan  satu  aktiviti  yang  menginsafkan.
Labah-labah  ialah  simbolik kepada  kesungguhan dalam  melakukan  sesuatu  selain  daripada  simbolik  kepada  keruntuhan  institusi  kekeluargaan. Sekian.Wallahu’alam.

FirmanAllah:

“ misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.”

(Surah Al-Ankabut:41)


Sunday, May 29, 2011

bingkisan kontroversi...


Fenomena baru remaja zaman sekarang,
Lebih gemar hafal biodata bodoh artis yang disayang,
Siang malam menjiwai lagu yang didendang,
Sedangkan liriknya pun pahamnya kurang…

Suruh belajar tidak mahu,
Bukak buku rasa jemu,
Dgr Lagu korea macam dengar majlis ilmu,
Lama-lama otak pun tepu…

Muka jambu kegilaan ramai,
Sampai gadis Malaya sudah mamai,
Tengok si jambu rasa damai,
Sampai perangai ikot serabai…

Muka jambu bakat tak seberapa,
Jual muka tak letak tanda harga,
Alahai korea buat fenomena,
kau makin kaya si gadis malaya yang jadi gila..

nak makan dia nak minum pun dia,
hidupku ku abdikan hanya untuk dia,
FB ku penuh dengan video dia,
Yaa aku sudah gila sama dia…

artikel ini salah satu daripada siri provokasi  dan kontroversi hasil  nukilan aku..
Duhai sahabat,
kuatkan semangat,
Buka minda,
Buka hati,
Tenangkan diri….
Kita layan artikel ini…

    Hampir  350 tahun kita  dijajah  oleh  penjajah  yang  tamak  haloba. Mungkin  era  penjajahan  colonial  sudah  tamat  namun  “khazanah”  yang  ditinggalkan  oleh  mereka  tidak  akan  hilang  selama-lamanya  ibarat  kesan  kebocoran  loji  uranium. Sekularisme dan  hedonism  antara  salah  satu  daripada  “khazanah”  yang  amat  ketara  kesannya  pada  minda  dan  mentaliti  masyarakat  pasca  merdeka  yang  kononnya  sudah  bebas  daripada  cengkaman  penjajah.

   Hari  ini  sekali  lagi  fenomena  penjajahan  berlaku, mungkin ramai  tidak sedar  proses  penjajahan  yang  berlaku  tetapi  inilah  hakikatnya. Hakikat  yang  perlu  kita  sama-sama  kunyah  hingga  lumat  dan  telan  walaupun  rasa  pahit. Konsep  penjajahan  ini  sangat  berbeza  jika  dibandingkan  dengan  penjajahan  era  perang  dunia  kedua. Jika  pada  era  itu, senjata  menjadi  pertaruhan  tetapi  pada  era  yang  moden  ini,  hanya  wajah  dan  suara  sumbang  sahaja  yang  menjadi  senjata  untuk  melumpuhkan   minda  anak  remaja  tempatan. Cukup  dengan  mendendangkan  lagu  bermesej  picisan  dengan  iringan  muzik  jalanan  dan  rentak  tari  masyarakat  zaman  primitif   kita  sudah  kembali  dijajah.  Sungguh  mudah  bukan  konsep  penjajahan  minda  ini?

  Penjajahan  zaman  kuno  tidaklah  sedasyat  penjajahan  minda.  Hal  ini  kerana  penjajahan  minda  boleh  diumpamakan  santau  zaman  moden.  Santau  ini  akan  menyebabkan  mangsanya  terlalu  obsess  terhadap  artis  yang  menjadi  idolanya. Tiada  bomoh  mahupun  pawang  yang  mampu  memberi  penawar  santau  minda  ini. Jika  dibandingkan  dengan  bakat  tempatan, artis  luar  Negara  terutamanya  daripada  Negara-negara  asia  timur  ini  tidak  sehebat  mana. Artis  tempatan  lebih  baik  kualitinya  jika  dibandingkan  dengan  artis  berwajah  jambu  ini. Mungkin  ramai  gadis  tidak  bersetuju  dengan  artikel  ini, tetapi  inilah  hakikat. Hakikat  yang  menyebabkan  Negara  kita  terus  dijajah  oleh  mereka  dan  terus  mundur  kerana  kealpaan  diri  sendiri.

 Kita  tidak  akan  mampu  maju  jika  minda  dan  pemikiran  kita  terus  dijajah  artis-artis  luar  Negara!!
 kau  nak  marah??
Silakan…
ini  pendapat  peribadi  aku ..

FIGHT  AGAINST  MIND  COLONISATION!!

Salam  Abstraxxx…
:D

  

  
(K)onspirasi  (P)emodenan  (O)perasi  (P)enjajahan
Usah  biarkan  hidup  kita  dijajah...
:D




Sunday, March 6, 2011

bukan satu provokasi

Wanita atau gadis sememangnya sentiasa  menjadi  perhatian  para  jejaka  tidak kira  walau  dimana  si gadis  pingitan  ini  berada. Seorang  jejaka  pasti  akan  tertawan  pada  gadis  yang  mempunyai  wajah  bak  puteri  kayangan.Fuhhhh…sape tak cair  melihat  gadis  secantik  puteri  gunung  ledang  melintas  di  hadapan  kite??Namun  persoalannya  kondisi  pakaian  yang  manakah  yang  menyerlahkan  kemanisan  dan  keayuan  gadis-gadis  tersebut??


Kondisi satu:
Adakah gadis yang  berpakaian  sendat, ketat, padat,singkat , mantap tanpa  bertudung itu  dikategorikan sebagai  gadis yang cantik??

Kondisi dua:
Gadis  yang  bertudung  tetapi  pakaiannya  ibarat  pakaian  sewaktu  darurat  yakni  pakaian  yang  dipakai  oleh  adik-adik  mereka  sehingga   ia  mampu  mendedahkan  segala  aset  yang  tidak  terkira  nilainya. Gadis  inikah  yang  kelihatan  lawa?

Kondisi tiga:
Gadis  yang  berpakaian  longgar  dan  menepati  hukum  syarak  yakni  melabuhkan  tudungnya  hingga  melindungi  bahagian  dada  dan  tengkuknya, pakaiannya  pula  longgar  sehinggakan  dengan  mudah  angin  dapat  berfungsi  sebagai  “cooler”  sewaktu  hari  panas  terik. Gadis  inikah  yang  kelihatan  lawa??

Ape  yang  berlaku  di dalam  zaman  modenisasi  ini  sememangnya  mengejutkan  kerana:

·         Gadis  yang  menutup  aurat  dikategorikan  sebagai  radikal  ataupun  kolot  dan  tertutup  pemikirannya  disebabkan  gaya  pakaian  yang  dipakai  itu  tertutup. Pakaian  itu  melambangkan  minda  mereka  tak  berkembang  selaras  dgn  kemajuan  Negara.
·         Awek  yang  tutup  aurat  nihh  takder  standard lahh…oldieess…kampong  mari…tak  ikut  perkembangan  dunia  fesyen  semasa…takk  kelasslahh beb  awek  pakai  tudung
  
Setujukah  anda  dengan  tohmahan  yang  dilemparkan  terhadap  gadis2  ini  oleh  masyarakat  yang  kononnya  hidup  di  dunia  moden?

Aku cakap  gadis yang pakai  tudung tu  sejuta kali ganda lagi lawa dari artis yang  gemar  menjadikan aset mereka sebagai tontonan percuma kepada  khalayak  sbb:

·         Tudung tu serlahkan kecantikan semula jadi wajah anda. Kalau anda sedar yang anda tak selawa puteri kayangan maka cubalah bertudung. Gerenti  orang cakap lawa. Memperagakan aurat anda kepada khayalak adalah satu perbuatan yang amat merugikan.
·         Tudung  mampu melindungi anda dari sinar UV yang boleh menyebabkan kanser kulit!!taknak kepala botak di usia yang muda. Pakailahh tudung!!

Pendapat aku tentang gadis tak bertudung??
Saye merasekan bahawa  gadis yang tak bertudung ini:

·         Seorang yang sombong kepada perintah Allah. Knp saye berkate sedemikian ghupe??
Dalam  surah  An-nisa  Allah  s.w.t  telah  pun  menurunkan  ayat  supaya  wanita-wanita  menutup  aurat  mereka  dengan  melabuhkan  tudung  mereka  bila  berhadapan  dengan  orang  yang  bkn  muhrim.  Jelas??
·         Kurang  kesedaran  ataupun  pengaruh  persekitaran. Mereka  bergaul  dgn  rakan-rakan  yang  sedemikian  rupa  yang  menganggap  isu  aurat  bukanlah  isu  yang  berat.
·         Masih keliru nak pakai tudung ke nak freehair...
·         Hipokrit..maaf jika terlalu kasar krn anda hanya memakai tudung untuk mematuhi perlembagaan sekolah/kolej/univerisiti sahaja.

Ape-ape alasan kaurang untuk menidakkan penutupan aurat  jawapan aku mudah  iaitu  yang wajib tetap wajib.. yang haram tetap haram…
Pinjamkan imaginasi anda untuk situasi berikut:

·         Mahukah anda menyajikan suatu makanan yang sudah sekian lama terdedah kepada suami anda? Anda membiarkan sajian makan tengah hari/makan malam terkena cahaya matahari, dihinggapi lalat, terkena habuk lalu…
·         Anda mendapat hadiah dari kekasih dan hadiah itu dibaluti kertas lutsinar yang membolehkan anda melihat apa isi kandungannya. Mesti anda tak rase kejutan kan??

Aku bukan nak menunjukkan yang diri aku baik..tetapi sebagai seorang bakal suami..secara jujurnya aku tak mahu ape yang ade pade bakal isteri dilihat oleh orang lain..jumhur kaum lelaki bersepakat perkara yang sama..ringkasnya:
·         Pemakaian pakaian berlandaskan syarak menyerlahkan lagi keayuan anda. Anda tak perlu terpengaruh dengan dakyah orientalis yang menyatakan pemakaian tudung menyekat kebebasan hak  asasi  anda. Jadi jadikanlah konsep pemakaian menutup aurat itu satu2nya cara pemakaian anda.
·         Anda akan dihormati jika pemakaian anda menyejukkan mata khalayak. Anda juga akan malu untuk berkelakuan tidak senonoh sekiranya anda memakai pakaian yang menutup aurat.

Entry ini dikeluarkan bukan untuk menimbulkan provokasi daripada golongan terbabit. Entry ini hanyalah salah satu daripada teguran ikhlas aku untuk para pembaca terutama sahabat2, rakan seperjuangan dan musuh2 terhormat.  Sepuluh jari ku susun anda terdapat frasa yang mengguris hati anda.

anda lebih manis kalau macam nihh!!


      




Sunday, February 13, 2011

buat kekasih untuk kekasih...



“Hari ini abang akan buktikan segala chenta abang kat baby.” lantas jejaka berambut lurus itu memberikan satu kucupan mesra ke dahi gadis bertudung itu. “Abangg…b sayang  abang sangat-sangat.”
Jawab gadis manis itu setelah menerima kucupan mesra. Tangan jejaka itu  terus menjelajah ke seluruh pelosok……

Cukup laa tuhhh…
Saye hanye nak menyemarakkan semangat hari kekasih…
Hari yang sangat dinantikan oleh para kekasih yang hangat berkasih…
Hari si kekasih membuktikan chenta sejatinya kepada kekasihnya…
Hari dimana kondom-kondom bakal bergentayangan di hotel-hotel murah  kota metropolitan…

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh penjajah masih lagi kuat dalam kalangan masyarakat zaman pasca kemerdekaan. Mungkin jangka masa  hampir 450 tahun membuatkan masyarakat kini  Telah sebati dengan budaya-budaya mereka. Tidak dapat dinafikan wujud golongan manusia yang kononnya mengikut perkembangan semasa walhal  dalam tidak disedari mereka telah mencarik-carik maruah bangsa,agama dan dirinya. Golongan ini hanya mengikuti sahaja satu-satu festival mahupun perayaan tanpa mengetahui hujung pangkalnya. Golongan ini kah yang layak digelar sebagai masyarakat yang maju taraf hidupnya?

Baiklah…
Memandangkan hari kekasih hampir tiba…
Izinkan saye berkongsi sedikt maklumat mengenainya…

·         Alexander graham bell telah memperkenalkan ciptaan terbaru beliau pada waktu itu iaitu telefon pada 14 february  1876
·         Penicilin,ubat untuk penyakit siflis telah diperkenalkan pada 14february 1972.
·         “Valentine” diambil sempena nama seorang paderi  kristian pada zaman pemerintahan ratu Isabella,sepanyol iaitu saint valentine yang telah Berjaya menumpaskan Islam di Cordova,Sepanyol pada 14 Februari 270M
·         Berasal daripada pesta zaman rom kuno yg dipanggil  “Lupercalia” yang bermula pada abad ketiga masihi. “Lupercalia” ialah upacara penyucian diri yg diadakan pada 14 Feb. Pada hari itu,
Nama-nama  gadis  Rom  akan  dimasukkan ke  dalam sebuah baling kaca. Kemudian nama gadis itu  dicabut  secara  rawak. Nama gadis  yang terpilih akan dijadikan pasangan hiburan seksnya sepanjang tahun itu.
Wahhh..menarik bukan hari valentine nihh????
·         Diambil sempena nama paderi pada zaman ratu Isabella,iaitu  saint valentine yang statusnya kedua tertinggi selepas  pope. Keinginan st.valentine berkahwin dgn kekasihnya yang merupakan pengamal protestan menimbulkan kegemparan di Cordova kerana St valentine merupakan paderi katolik yang tidak boleh berkahwin dgn pengamal protestan. Lebih2  lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St.Valentine ini telah mengakibatkan kemarahan Ratu Isabella lalu memenjarakan paderi tersebut dan menetapkan tarikh 14 februari  sbg hari kekasih utk st valentine sendiri.

Mungkin sudah cukup  bukti yang dikemukan  bagi  menunjukkan hari valentine  tidak wajar disambut oleh masyarakat Islam  seantero  alam.

   Kawan-kawan kat luar sane, kalau ternampak manusia menyambut hari valentine bersama kekasih jongosnya..silalah nasihatkan mereka sebelum mereka terus tersesat dijalan yang lurus.
  
   Buat sang kekasih yang sedang hangat berkasih,..janganlah anda membodohkan diri anda yang sedia maklum bodoh dengan menyerahkan segala “harta pusaka” yang diwarisi dari ibu bapa anda kepada kekasih yang sememangnya bodoh. Sebab keseronokan yang anda nikmati itu hanyalah permulaan kepada derita yang tidak berpenghujung.

  Ringkasnya, janganlah disebabkan pengaruh kemodenan hidup anda,nilai-nilai murni dan tatasusila yang telah diajarkan  kepada anda hilang sekelip mata.

Pesanan  tulus  ikhlas dari

Legasi_abstrak!!