Tuesday, November 2, 2010

HEDONISM menjana.....





Assalamualaikum  kepada semua pembaca....
Izinkan pacal yang hina lagi kekurangan mempersembahkan tulisan hamba yang serba daif ini.


   Dalam menelusuri liku-liku kehidupan di zaman modenisasi ini, pelbagai budaya yang menongkah
arus kehidupan masyarakat tempatan khususnya masyarakat Melayu mudah meresap menerusi
pelbagai sudut sama ada secara terus mahupun secara halus. Budaya yang tiada sedikit pun nilai moral ini
telah menjadikan anak-anak muda terus hanyut di bawa arus kemodenan serta kemajuan taraf hidup masyarakatpasca kemerdekaan.Telah hilang nilai-nilai murni yang disematkan ke dalam diri mereka sejak dari kecil lagi selepas tersebarnya virus-virus yang bertebaran dari barat seperti hedonism. Hedonism menurut istilah perkamusan ditakrifkan sebagai pegangan atau pan­dang­an hidup yg mementingkan kese­ronokan atau kesenangan hidup. Ini menunjukkan pengikut budaya hedonism ini hanya mengutamakan keseronokan hidup tanpa menjadikan agama sebagai rujukan sebelum melakukan sesuatu perbuatan mahupun tindakan. Oleh hal yang demikian,golongan ini terus mengamalkan budaya ini lantas mengakibatkan berlakunya bencana sosial yang kian merusingkan pelbagai pihak. Gejala seperti pembuangan bayi,homoseks,seks bebas sudah sebati dengan kehidupan segelintir anak muda yang beragama Islam.Adakah bencana ini disebabkan kegagalan ibu bapa ataupun guru dalam mendidik pelajar untuk menjadi insan berguna?Mungkin juga ia berpunca daripada kegagalan pihak yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan remaja.Mari kita sama-sama menyelusuri secara sepintas lalu mengapa budaya hedonism ini terus menular dalam kalangan remaja Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Kehadiran ikon GAY dunia ke Malaysia pada tanggal 14 Oktober 2010 mengundang bantahan daripada
pelbagai pihak yang peka terhadap isu ini. Kehadiran penyanyi bernafsu sonsang yang bernama Adam Lambert ke Malaysia sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat serta kaum kerabat sonsangnya. Ini ditambah lagi dengan penganjuran konsert yang dikendalikan oleh penyanyi itu sendiri menyebabkan pihak-pihak yang peka terhadap sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia bertungkus-lumus membantah kehadiran
penyanyi bernafsu sonsang ini melalui pelbagai medium seperti menghantar surat bantahan kepada pihak yang bertanggungjawab meluluskan konsert ini. Namun, apa yang mendukacitakan bantahan pihak tersebut ibarat mencurah air ke daun keladi kerana bantahan itu lansung tidak diambil peduli. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,pertubuhan yang membantah penganjuran konsert itu terus dicemuh oleh pelbagai pihak dan lebih memilukan ada pihak yang mengatakan pihak tersebut ekstrimis dan ketinggalan zaman.Tidakkah mereka terfikir akan implikasi negatif terhadap kehidupan remaja dengan penganjuran kosert mega yang dihadiri oleh artis bernafsu sonsang. Janganlah sampai ada bala besar menimpa negara kita disebabkan kekhilafan segelintir
rakyat negara ini barulah kita hendak terkocoh-kocoh mencari jalan keluar untuk masalah ini. Tepuk dada tanyalah iman.Statistik demi statistik dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk menunjukkan peratusan penglibatan remaja dalam gejala sosial dan apa yang mengejutkan juara bagi kesemua perbuatan yang menongkah ini adalah anak-anak Melayu yang beragama Islam.Membuang bayi telah dingguli oleh remaja Melayu.Begitu juga dengan seks bebas yang turut dijuari oleh remaja kita dan tidak ketinggalan gejala mat rempit ataupun nama penanya samseng jalanan terus diketuai oleh anak-anak Melayu kita. Statistik ini menunjukkan betapa hebatnya remaja Melayu yang beragama Islam dalam semua peraduan menjuarai gejala sosial.Kelakar bukan?sedang anak-anak bangsa lain bertungkus lumus mengukir kejayaan demi kejayaan,anak melayu kita terus hanyut dibawa arus kemodenan.

Siapa,mengapa,kenapa,dimana.Persoalan yang selalu di utarakan sewaktu berlakunya sesuatu masalah.
Ubahlah mentaliti kita demi kebaikan anak-anak kita di masa hadapan.Jika budaya hedonism ini terus dibiarkan merebak tanpa ada sebarang langkah untuk membanteras, generasi masa hadapan yang bakal menerima habuan daripada bencana ini.Mahukah kalian melihat anak-anak kalian hidup berhambakan fahaman hedonism?Mahukah kita semua dipimpin oleh golongan yang cetek pengetahuan agamanya?
Fikirkanlah sahabat maya ku. Sebagai remaja yang berpendidkan kita seharusnya menyumbangkan keringat untuk bersama menyahkan budaya hedonism ini dari terus mencalar dan merobek kesucian kehidupan rakan-rakan kita. Jangan ingat anda terlepas daripada hukuman sekiranya anda membiarkan rakan anda terus bergelumang dalam dunia fantasi karutnya itu kerana anda juga akan menerima "habuan" apabila berada di alam sana.

sekian...

satu percubaan terbaru aku utk menulis pos berbentuk formal...
kamuorang bacelah esei merepek aku ni...
sebaramg kekurangan mohon diampunkan
yang baik datangnya dari Allah...
yang terkutuk tu aku sendiri yang buat....
selamat malam!!

Monday, October 11, 2010

fakta yang tersembunyi..

salam...
buat kalian yang masih belum kenal aku..
kali ni aku nak mencheritakan kehenseman fakta yang kamuorang belum tau pasal aku...
aku akan banyak aplikasikan frasa pelik...
jadi...bukak minda anda seluas-luasnyer..
supaya anda tidak terpinga-pinga...

  1. aku anak tunggal
  2. berchita-cita menjadi jurutera mekanikal..tp aku tak layak..
  3. amat suka akan sesuatu yg abstrak
  4. sgt suke fizik dan math..tp selalu gagal dlm ujian mase belajar ilmu tu satu mase dulu..
  5. takder kimia dgn kimia... 
  6. tak suke sangat pade ikan...tak sedap!!
  7. sgt suke tgk gadis bertudung...secantik-cantik wanita..ialah ketika dia bertudung...
  8. jika bertudung labuh...makin terserlah keayuannyer...akan ku suruh isteri ku bertudung labuh suatu hari nanti...!!
  9. gadis tak bertudung??errr...no komen..sbb penampilan tu lambang peribadi...
  10. gemar gune ninjutsu dan genjutsu berbanding taijutsu jikalau berlaku konfrantasi...
  11. pendekatan "psiko" amat efektif lagi berkesan utk tangani penchari pasal...
  12. fotografi itu kewajiban!!
  13. permainan video juga begitu...
  14. paranormal itu menyeronokan...
  15. mayat yg mengerikan itu seni...
  16. kamu baik dengan saye...saye baik dgn kamu...kamu lakukan konfrantasi...tiada gencatan senjata bagi mu...
  17. belajar menggodam impian aku!!
  18. menjadi perisik dan mencuri maklumat mmg seronok...
  19. amat menghormati sesape yg fasih berbahasa Inggeris...
  20. kpd anda yg gemar mencampuradukkan bahasa..aku sgt tak berminat kpd mu..!!
  21. menganalisis tingkah laku anda itu sgt seronok...
  22. amat benci kpd pengkritik belakang tabir...
  23. pade mereka yg melemparkan kritikan secare bertamadun...aku amat menghormatimu..!!
  24. menentang pemerintahan sekular...
  25. baru nak belajar hidup ikut "formula" setelah lame sesat....
  26. panas baran pade mase-mase darurat...
  27. gadis perasan lawa??gedik??nasib baik tiade dlm senarai kwn aku...
  28. memandang sesuatu menjangkaui pemikiran manusia yg sempit itu amat berfaedah...
  29. benci sesape yg memperjuangkan kehidupan moden hinggakan agama pun nak dimodenkan ikut kepale lutut die..
  30. secara rasminyer telah dipaku oleh cik paku pd tanggal 4 jun 2008...
  31. amat tak menyukai manusia lembik dan tak pandai berdikari...
  32. ragbi itu menyerlahkan kejantanan kamu...
  33. berbelanja gune duet sendiri berjuta lagi bagus dari mintak kt mak bapak...
  34. belajar "last minute" sudah sebati dgn ku...
  35. google skandal ku yg paling setia...
  36. laptop sahabat yg paling gempak!!
  37. belajar dari kesilapan orang lain langkah berjage-jage yg plg bagus...
  38. tidur care melegakan tekanan yg paling efektif...
  39. ilmu astronomi itu amat mengujakan...
  40. diskusi politik mmg seronok...tp tidak utk menerjukan diri ke bidang itu...
  41. berangan-angan saye sgt suke...
  42. aku tak tegur kau...bukan sbb aku sombong...
  43. keputusan peperiksaan bukan bukti mutlak anda pandai atau bodoh..

tamat..
itulah fakta yg ringkas psl aku...
jumpe lagi...
mohon kemaafan kalau fakta tu bertentangan dgn anda...
peace no war...


Friday, October 8, 2010

adik kite...

salam...
sorry lame tak update blog nih...
internet aku ade masalah  sikit...
baru harini ade peluang nak update blog aku ni..
korang dah tgk video adek kat atas ni??
dan mesti ade antara korang yg dah selalu dgr bacaan beliau kat umah,kedai o surau...
mmg sgt2 merdu..
menginsafkan para pendengarnyer..
aku sgt2 merespek kebolehan adik muhammad Taha  al-junaid nihh...
dan aku sgt jeles tgk adik ni..
sbb walaupun aku dah umo 18..
tp bace al-quran maseh lagi salah2...
tak berlagu pulak tuh!!
aku wat pos ni bkn sebab nak ulas pasal care bacaan die...
ape yg nak aku dongengkan ialah pengeksploitasian bakat suara kanak-kanak dlm negara ni..
adik kite yg chomel2 mmg ade yang bersuara merdu...
bukan sume orang dikurniakan kebolehan yg camtu kan??
betol tak??
disebabkan kemerduan suara mereka..
maka wujudlah satu rangkaian program yang kononnyer mengetengahkan bakat adik kite ni dlm bidang suara....
mmg adik-adik yang masuk sgt2 berbakat....chomel-chomel...
mereka baru nak kenal dunie...
tp terus didedahkan dgn dunie hiburan yang secara keseluruhannya merepek!!!
dibiarkan nyanyi di khalayak ramai...kdg2 pakai baju yg mendedahkan aurat...
tak terfikir ke mak ngn ayah kite kesan buruk bende tuhh!!
oh yee..mungkin .mereka anggap bile anak jadi artis...
maka senanglah hidup keluarga tu...
kah..kah..kah...
tak payah mak abah keje susah2..
tak ke mak ayah kite terfikir kan lebih bagus...
kalau adik kite yg berbakat tu....
dihantar ke kelas mengaji...
belajar bace al-quran dgn betol...
kang dah besar takder lah jadi hamba Allah yg bute Al-quran...
belajar ape itu agama...
mmg tak dpt pulangan yg besar dlm jangke mase yg terdekat...
tp utk jangke mase panjang...
mmg sgt2 bermanfaat dari humbankan adik kite yg tak berdose ke jurang "keseronokan" dunie...
"pakcik rase..anak pakcik mmg berbakat dlm bidang nyanyian...sbb tu pacek dr jauh hantar die ke uji bakat...pakcek berhabis duet nak dtg ke sini.."
tu antara ayat temu bual yg bese kite dgr kn...
jawapan yg mmg bernas..!!
hahaha...
sekarang kamuorang tgk bangse lain....
ade dorang sebok hantar anak-anak dorang ke uji bakat melalak yg aku rase..
tak jamin ape-ape...
takder kott!!
mampukah negara lahirkan modal insan kelas pertama dgn mendedahkan adik kecik kite dgn hiburan??
jgn terkejut kalau satu hari nanti...
nak kaut undi dlm PRU...
calon-clon YB...kene menyanyi dpn pengundi...
ha..ha..ha..ha..
ape yg diceritakan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...
dlm citer pendekar bujang lapok mmg betol jadi...
"pak Abu...sila eja perkataan ini..."
jawab pak Abu..."alif...ya..mim..buaya.."
sekarang kite tgk...
bape ramai orang Islam yg bute Al-Quran...
saye tak mengatekan adik-adik yg ikut program tu tak tau mengaji...
tp aku ceritakan ape yg jadi sekaramg nihh...
keseluruhan kejadian yg berlaku dlm masyarakat..
sape yg nak disalahkan??
mak ayah??
penganjur??
pemimpin??
kite??
tepuk dade..tanye diri anda...
tak salah berhibur...tapi biarlah berlandaskan syariat Islam...
aku bukan nak jadi malaikat internet...
tp meluahkan ape yg aku rase..lihat..dan alami...
yang terakhir tp bkn penghabisan
semoga lebih ramai lagi adik Muhammad Bin Ahmad Zaid lahir dlm masyarakat kite...
Insya'Allah....
ape yg terlebih..terkurang...
aku mohon maaf yg teramat sgt...
sbb yang baik...tu dtg dari Allah...
dan yg hodoh...buruk...
tu aku sendiri yg reka...
kpd sesape yg terase...
maaf sgt...
wassalam....



biodata ringkas adik Muhammad Taha Al-junaid



Nama Penuh:Muhammad Salih Ibrahim Taha Al-Junayd.
Tarikh lahir:1994.
Dari:Manama,Bahrain(jiran Arab Saudi).
Masih lagi seorang pelajar dan pengajaran membaca Al-Quran di Kingdom University Bahrain.Turut diupah oleh Pusat upah Abdul Rahman-Bandar Hamad.
Didalam video yang pertama sekali,beliau menjadi imam solat fardhu Isya’ di Masjid Rashid,Arab Saudi pada tahun 2008,iaitu semasa beliau berumur 14tahun.
Juga diiktiraf sebagai pembaca Al-Quran(Qari) walaupun tidak sepopular Sheikh Mishary Rashid Al-afasy.Telah mengalunkan banyak surah dan boleh didapati dalam bentuk MP3 dan sebagainya.Sekarang ini telah memiliki 4album dan 28audio.Terkenal dgn gelaran Beautiful Voice From Heaven oleh orang Arab.
*Maklumat ini saye perolehi daripada sebuah blog kat Malaysia*

Tuesday, September 28, 2010

kolokium oh kolokium...

Salam....
mungkin anda pelajar tingkatan  enam suda sedia maklum...
bahawa mereka WAJIB mempersembahkan serta mencheritakan serba serbi...
berkenaan dgn PROPOSAL penyelidikan mereka...
semalam merupakan hari yg cukup buat kami kecut segalenyer...
al maklumlah...
ini mungkin pertame kali kami semua membentangkan proposal...
sebelum ni mane ade bentang-bentang ni...
bukan takat depan kwn sekelas..tp..
ciap ade pentaksir lagikk!!
sape tak cuak,..
betol tak??
silap strategi..
confem kene soal dgn soalan yg thp super saiya 7...
hahaha...
mase yang ditunggu-tunggu telah pun kunjung tiba...
sorang-sorang mem aku kene bentang...
aku pun tidak begitu menyangka bahawa aku pembentang yg ketiga...
dgn lemah longlainyerr aku pon membentangkan proposal aku...
bajet nk spontanlaa...
tp ape boleh buat...
menggeletar abis pale lutut nih...
sume strategi yg aku plan tah kemane...haha
plan one-touch...
one-two...
line up 4-4-2..
hahaha...
lps bg salam ape sume...
aku pon cerita lahh...
dan telah tamat...!!!
haha...
aku bajet mmg aku kene pny...
sbb proposal aku tak melibatkan sekolah...
tilikan aku mmg tepat laa..
pentaksir mmg ulas abis-abisan proposal aku...
agk kuciwa gak..sbb ape yg aku buat utk setelkan proposal tu cam takder hasil...
mmg kene hemtam gune air strike cm dlm game CODWF2 kt depan tu...
haha..aku cume melemparkan senyuman jer...
tak kan nak debat kot...
confem2 aku kalah...
sebab aku tak belajar ilmu debat...
ilmu hikmah bolehlaaa...
hahaha...
Alhamdullilah...
aku syukur dapat pentaksir yg berani tegur kesalahan student dlm buat proposal...
aku memang tak anggap lansung hemtaman pentaksir sbg suatu yg negatif...
sbb ape??
sbb kite belajar dr kesalahan...
bende ni pon aku baru petame kali buat...
kebarangkalian utk melalut adelah sgt besar!!
teguran ni gak yg buat aku jadi matang dlm segale aspek...
bagi aku...
teguran atau kritikan lebih BAGUS dari pujian...
sbb ape???
dgn kritikan tulaah kite tau kat mane tempat kite...
baru sedar diri kite ni sebenarnyer camner..
pastu...aku rase lagi semangat nak wat bnd yg baru...
sbb kite tau proposal atau keje kite tak bagus...
so semangat nak memperkenalkan sesuatu yg baru adelah lebih tinggi...
kalau tak kene marah..bukan belajarlaa namenyer...
betol tak???
so pengajarannyer...bile kite tgk orang lain kene hentam...
tak yahlaa nak gelak..
kite patut jeles dgn kritikan yg kawan kite dapat....
knp perlu jeles??
bukaklah pandangan dan pemikiran anda semua...
anda akn dpt jawapannyer...
hahaha...
pnt dah aku taip..
aku jugak nak merakamkan jutaan terima kaseh...
terutamanyer kpd sahabat pengkritik belakang tirai yg tidak ade dlm undangan..
kerana kesudian mereka menyampaikan kritikan..
walaupun kritikan dibelakang tabir saje...
kritikan yg menyatakan pembentangan aku hanya indah khabar dari rupe..dan tingkat keriakan aku tinggi...
tak perr...mungkin beliau rase titik peluh beliau lebih cemerlang,gemilang dan terbilang dari aku...
tu pandangan beliau...
aku maseh ingin merakamkan terima kaseh kpd barisan pengkritk belakang tirai tersebut...
walaupun kritikan anda  tidak dpt ku  dengari,..
namun tiupan angin menyebabkan kritikan anda kedengaran ke telinga aku...
hahaha...
trimass!!!
aku sgt menghargai barisan pengkritik bersemangat waja tapi berhati semut...
beliau berani menyuarakan kritikan beliau walaupun hny dibelakang tabir...
sungguh bersemangat para pengkritik ni kan kawan-kawan...
buat anda yg terase ketika membace cherita ni..
aku sebenarnyer amat berterima kaseh kerana kesudian anda mengeluarkan krtikan anda...
aku tak boleh salah kan kamuorang...
sebab MALAYSIA kan sebuah negara yg BerDEMOKRASI...
jadi..tiap rakyatyerr bebas bersuara serta mengutarakan pendapat mengikut pelbagai saluran...
so itu adelah hak anda kan...
hahaha...
kritikan tu jugak tak kan timbul kalau aku tak menimbulkan masalah...
betol tak???
dengan izin Allah..
satu hari nanti aku akn bangkit menempelak segale kritikan kamuorang..
hanya kejayaan yg mampu menimbus mulut-mulut pengkritik belakang tabir nih...
Aminnn...
oke....
aku nak sambung memerah idea utk membuat proposal baru...
yelahh..proposal aku tak se-gah proposal para pengkritik belakang tabir tu...
proposal mereka sgt2lahh cemerlang,gemilang dan terbilang...
hahaha...sbb tu beliau sgt lantang dlm mengkritik...
maaf kalau gurauan aku kali ni agak keras...
sbb aku manusia biase..
tidak maksum....
tidak jugak warak seperti alim Ulama'
sbb tu kebarangkalian utk aku melakukan kesilapan amatlah besar..
yang baik tu dtgnyer dari Allah...
dan yg buruk tu...
hasil rekaan serta inovasi aku sendiri...
salam...



Sunday, September 26, 2010

Doa-doa mase peperiksaan

sekarangkan musim peperiksaan...
so mase aku kt sekolah aritu...
aku ade dapat senarai doa-doa  yang boleh diamalkan sebelum..semase dan selepas exam
so aku scan kertas tu..
dan upload dalam nih...
utk diambil oleh kawan-kawan semua...
kot2 boleh bantu kite dapat result yg baik...
hehe...


korang copylaa picture ni...
aku tak tau nak simpan pic ni kt link yg lain...
pass laa kt member yg lain k...
salam...

Wednesday, September 22, 2010

kembali normal.

agk lame aku tidak mengupdate blog nihh...
adelahh dalam seminggu kot...
aku sgt-sgt sibuk kebelakangan ni.,..
maklumlah...
aku dah kene mule bekerja balikk...
kalau tak keje ape aku nak bagi anak bini aku makan..
mungkin bagi orang lain pelik kot..
keje sambil belajar..
sbb orang-orang zaman sekarang kate..
"tugas seorang pelajar ialah belajar buak bekerja...."
anda setuju tak dgn kenyataan saye di  atas???
tp bagi aku...
konsep belajar tu sendiri  sgt besar konsepneyrr...
belajar tak semestinyer korang dok depan buku hafal fakta..buat kire-kire...wat latihan
yang buat medulla oblongata..celleblum dan apetah lagi komponen2 dalam otak anda berasap...
hahaha...
keje pon belajar jugak ke???
kerja pon kire belajar...
mesti ade jugak yg dok bertanyer..
"ko belajar ape dgn kerja tu?"...
tak perr...banyak tny tu ciri-ciri org yg cemerlang...
okehhh..
camni...
keje mmg bkn tgolong dlm spesies belajar secare formal yee...
sbb kite tak duduk dlm kelas ngadap buku yg ntah ape-ape die dok merepek tu...
hahaha...
sekarang aku nak korang sume bukak pemikiran korang seluas-luasnyerr.....
kalau tutup...
korang tak kan paham ape konsep yang cube aku terangkan....
hahahaha
keje ni sebenarnyer  banyak kebaikannyer....
pertame...
korang merase dpt duet sendiri...
lepas tu...
korang takdelaah terus menerus menyelewengkan  belanjawan yg telah diperuntukkan utk dirimu...
camner menyelewengkan deut bapak kamu tu??
contoh yg mudah...
"abah,nak duit sikitt...duit belanje suda tamat..nak buat beli brg sekolah/kolej/bla..bla..bla...."
lalu abah anda pon menjawab...
"amik RM100 ni...belajar rajin-rajin yee nak..."
korang dgn gumbira lagi senang hati pegilahh beli bnd yg ntah ape-ape...
tu adelah salah satu contoh penyelewengan duet abah kau!!
tu antara salah satu contoh mendapatkan harta secara batil!!
baru td aku belajar bnd tu dalam kelas ayat-ayat hukum!!
bagi mereka yg bekerja...
duet gaji tiap bulan masuk...
so tak payah laa nak dok mintak duet mak bapak korang...
dan penyelewengan tu pon takdelaa berlaku...
sbb duet belanje sekolah tak kan terusik...
sbb korang ade duet gaji...
bile nak enjoy gunelaa duet gaji..
bile nak beli barang2 sekolah..
gune duet yg bapak kau bagi tu..
ade paham??
sape ckp keje sambil belajar tu nyusahkan...
hahaha...
tu sume teori sesat!!
tapi kalau abah korang gaji suda beribu ribu ribu ribu ribuuu...
tak payahlaa...
hehe..
aku bercerita kpd mereka yg senasib dgn aku,..
hidup dlm keadaan sederhana..
susah tak..
senang pon tidak...
p.ramlee ckp..
sedang..sedang..sedang...
hehehe...
benefit yg kedua...
korang bole belajar psl dunie luarr!!
perangai manusia...
lagi-lagi kalau keje jadi pelayan restoran
macam aku...
kite berhadapan dgn macam orang...
artis...VVIP...penarek beca...pekerja alam flora..cikgu...lecturer..
hahaha...
aku tak malu aku keje sbg pelayan...
kau nak kutok??
silakan yee...
aku satu sen pon tak amik hati...
sbb...
dari situ aku belajar ilmu karekter manusia mengikut susun lapis masyarakat...
yupp!!lapisan masyarakat mcm yg kite belajar dlm sejarah tamadun dunie tingkatan 4...
tiap masyarakat ade karekter tersendiri...
dan setiap lapisan masyarakat tak terikat dgn status mereka..
ade yg hidup kelas pertengahan tp gaye hidup cam kelas atasan...
dan sebaliknyer...
korang tak kan dpt belajar bnd tu dlm buku fizik...kimia..biologi...
memang menarik
orang selalu cakap...
"keje penat doee...tak der mase utk rehat...nak study...nak lepak dgn kawan.."
mase aku di tingkatan 3 dulu...
ustazah aku mase tu ckp..
"hendak seribu daye...tak hendak  SATU dalih dah cukup...dalihnyerr...MALAS...
betol tak???
dalih tu wujud sebab kemalasan korang jerr sebenarnyer...
lagi satu...
falsafah bijak pandai ade menyebut...
"nak dapat bnd yg besar..kene banyak korbankan bnd yg kecik...sbb bnd yg kecik tu lahh yg menjadi penghalang utk mendapatkan bnd yg besar.."
paham???
so bagi aku yg dah keje dari umo 13 tahun..
takder pon istilah keje+belajar ganggu pelajaran...
alhamdulillah...
keputusan exam aku walaupon tak cemerlang sgt..
tapi maseh buat hati mak bapak aku sejuk...
hahaha...
penat memang penat...
anda duduk rumah makan..tido..pon penat...
ini lagi keje...
tp pecayelahh...
korang akn rase sgt puas bile dpt beli sesuatu dgn duet gaji korang...
nasihat aku...
jgn hancurkan semangat kawan-kawan anda yg bkerja sambil belajar!!!
jangan hina kwn anda yg tak senasib dgn anda...
sbb tak semua orang lahit kt dunie ni hidup senang..
bagi kawan yg seangkatan dgn ku...
ade masalah duet...
hahaha...
trylaa keje...
yg untung kau juge...
duet gaji kau yg bolot...
bukan aku...
hahaha..
at least takderlaa jadi parasit seumur hidup...
maaf kalau terkasar!!
tp tu istilah yg aku rase plg tepat...
fikirlahh...
luaskan atmosphera pemikran anda!!
pasti anda paham!!!
oke..oke...
cukup sampai sini...
banyak lagi keje yg tertangguh....
insya'Allah entry depan aku pos pasal.......
sesungguhnyer...
yg jahat tu dtg dr aku...
yg baik tu dr Allah...
Kalau ade terkasar bhs...
soryy lee yoppp!!!
salam...
selamat malam!!!


(tolong kritik kekurangan blog saye..T.Q...KRITIKAN ANDA AMAT KAMI PERLUKAN...)



Tuesday, September 14, 2010

anak tunggal??seronok ke??

Bile disebut saje anak tunggal...
mesti terbit bayangan yg mengatekan anak itu manje..lembik...tak boleh berdikari...
hahaha..
betol tak hipotesis aku???

memang wujud pon golongan anak-anak yg seperti di atas...
yang lansung tak tau nak buat ape2 melainkan makan dan membute serta keluar bersiar....serta menghabiskan beras dan wang mak abah die...

bile disebut saje adek beradik ramai...
anda semua pasti menyangka yg seseorang tu sgt berdikari...bole hidup dlm ape jue keadaan??
sekali lagi tepat atau tidak hipnosis hipotesis aku???
aku dilahirkan sbg anak tunggal...
memang takder adik..kakak..abang..
adek beradik terangkat-angkat  tak termasuk laa ek...
hahaha...!!
memang sgt ramai yg sesuke hati sesedap rase melabelkan aku sbg seorang jejaka kachak anak manje
kau ingat aku macam tu ke???
perghhh...
anak manje tu memang telah disenarai hitam dari kotak pemikiran aku..!!
prinsip aku..
bumi tak perlukan lelaki manje!!!
perempuan maseh boleh dimaafkan..
oke...
sekarang jomm kite berimaginasi dulu..
kamu bayangkan yg kamu anak tunggal....
anak tunggal ini aku jadikan seorang askar di medan perang..
medan perangnyer adelah kehidupan di dunia.....
mak abah anda adelah ahli pasukan anda...
abah mu sbg komander...
dan ibu mu sbg pasukan perubatan..
keje komander ialah mengatur strategi menghadapi musuh dalam peperangan...
serta melatih anggota tentera menghadapi peperangan...
bagi pasukan perubatan lak..
kejenyer menjaga kebajikan para askar...
telah ditakdirkan berlaku perang dunie...
dan komander serta pasukan perubatan kamu telah terkorban...
tinggal lah kamu shj utk meneruskan perjuangan komander kamu...
jike kamu kurang latihan fizikal,mental, dan spiritual???
adekah kau mampu meneruskan perjuangan komander mu??
so kalau anda seorang anak tunggal...
tak payahlaa terlalu gembira dgn status tu...
korang patut belajar hidup survival..
bukan sume harapkan mak bapak jerr...
korang patut hidup stail komando...
campak kat mane jer...bole hidup...
dah kalau seorang anak tunggal yg lembik, manje..tak berdikari...
camner ko nak survive??
untuk kamu yg ade ramai adik beradik..
jgnlaa pertikaikan knp ko dilahirkan dalam keluarga yg ramai adik beradik...
sbb bagi aku..
jadi anak tunggal..
risiko nak hidup susah selepas kematian ibubapa amatlah tinggi jikalau ko tak belajar utk hidup survival..
tak kirelaa harte pusaka parent tu 7 keturunan makan tak habis..
sbb duit tak menjamin ape-ape yee kwn2..
setuju ke tak dgn pendapat aku???
kepade kalian yg ade adik beradik...
jgn ingat tanggungjawab belajar hidup survival bkn tu bukan tanggungjawab anda...
kerana dalam peperangan...
tiap langkah tu amat bermakne...
krn belum tentu ahli pasukan kamu selamat semuanyer semase berperang...
so belajar lahh berdikari dalam Universiiti paling gempak kat dunie ni......
untuk kebaikan anda juge yee kwn2..
saye tak dapat ape-ape benefit...
hahaha...
bukan susah mcm belajar add math...biologi...fizik..kimia...
tak perlu formula...
tak perlu pinjam PTPTN...
tak yah gune kaedah meritokrasi....
tak takut jadi mangse karenah birokrasi..
sebab belajar di Universiti Kehidupan lebih berharge dari belajar kat
asasi..matrikulasi..Universiti awam..politeknik..kemahiran...
sume ilmu yg ade dalam Universiti tu mmg korang tak boleh dapat dari pensyarah...prof..dekan atau...
ape bende lagi tah...
aku tak taw..
sebab aku belum rase belajar kt Universiti Awam..
belajarlah berdikari...
baru taw betape susahnyer nak hidup..
jangan sume bende nak harap mak abah kome..
hahaha!!
last-last anda jadi orang yang ape pun tak bole buat...
jgn marah aku...
sebab tulah kenyataan!!
oke!!!
cukup pos aku sampai disini...
maaf kalau pos aku terlalu ekstrem struktur bahasanyer...
salam...


buka fikiran anda..
baru paham ape itu survival...