Sunday, May 29, 2011

bingkisan kontroversi...


Fenomena baru remaja zaman sekarang,
Lebih gemar hafal biodata bodoh artis yang disayang,
Siang malam menjiwai lagu yang didendang,
Sedangkan liriknya pun pahamnya kurang…

Suruh belajar tidak mahu,
Bukak buku rasa jemu,
Dgr Lagu korea macam dengar majlis ilmu,
Lama-lama otak pun tepu…

Muka jambu kegilaan ramai,
Sampai gadis Malaya sudah mamai,
Tengok si jambu rasa damai,
Sampai perangai ikot serabai…

Muka jambu bakat tak seberapa,
Jual muka tak letak tanda harga,
Alahai korea buat fenomena,
kau makin kaya si gadis malaya yang jadi gila..

nak makan dia nak minum pun dia,
hidupku ku abdikan hanya untuk dia,
FB ku penuh dengan video dia,
Yaa aku sudah gila sama dia…

artikel ini salah satu daripada siri provokasi  dan kontroversi hasil  nukilan aku..
Duhai sahabat,
kuatkan semangat,
Buka minda,
Buka hati,
Tenangkan diri….
Kita layan artikel ini…

    Hampir  350 tahun kita  dijajah  oleh  penjajah  yang  tamak  haloba. Mungkin  era  penjajahan  colonial  sudah  tamat  namun  “khazanah”  yang  ditinggalkan  oleh  mereka  tidak  akan  hilang  selama-lamanya  ibarat  kesan  kebocoran  loji  uranium. Sekularisme dan  hedonism  antara  salah  satu  daripada  “khazanah”  yang  amat  ketara  kesannya  pada  minda  dan  mentaliti  masyarakat  pasca  merdeka  yang  kononnya  sudah  bebas  daripada  cengkaman  penjajah.

   Hari  ini  sekali  lagi  fenomena  penjajahan  berlaku, mungkin ramai  tidak sedar  proses  penjajahan  yang  berlaku  tetapi  inilah  hakikatnya. Hakikat  yang  perlu  kita  sama-sama  kunyah  hingga  lumat  dan  telan  walaupun  rasa  pahit. Konsep  penjajahan  ini  sangat  berbeza  jika  dibandingkan  dengan  penjajahan  era  perang  dunia  kedua. Jika  pada  era  itu, senjata  menjadi  pertaruhan  tetapi  pada  era  yang  moden  ini,  hanya  wajah  dan  suara  sumbang  sahaja  yang  menjadi  senjata  untuk  melumpuhkan   minda  anak  remaja  tempatan. Cukup  dengan  mendendangkan  lagu  bermesej  picisan  dengan  iringan  muzik  jalanan  dan  rentak  tari  masyarakat  zaman  primitif   kita  sudah  kembali  dijajah.  Sungguh  mudah  bukan  konsep  penjajahan  minda  ini?

  Penjajahan  zaman  kuno  tidaklah  sedasyat  penjajahan  minda.  Hal  ini  kerana  penjajahan  minda  boleh  diumpamakan  santau  zaman  moden.  Santau  ini  akan  menyebabkan  mangsanya  terlalu  obsess  terhadap  artis  yang  menjadi  idolanya. Tiada  bomoh  mahupun  pawang  yang  mampu  memberi  penawar  santau  minda  ini. Jika  dibandingkan  dengan  bakat  tempatan, artis  luar  Negara  terutamanya  daripada  Negara-negara  asia  timur  ini  tidak  sehebat  mana. Artis  tempatan  lebih  baik  kualitinya  jika  dibandingkan  dengan  artis  berwajah  jambu  ini. Mungkin  ramai  gadis  tidak  bersetuju  dengan  artikel  ini, tetapi  inilah  hakikat. Hakikat  yang  menyebabkan  Negara  kita  terus  dijajah  oleh  mereka  dan  terus  mundur  kerana  kealpaan  diri  sendiri.

 Kita  tidak  akan  mampu  maju  jika  minda  dan  pemikiran  kita  terus  dijajah  artis-artis  luar  Negara!!
 kau  nak  marah??
Silakan…
ini  pendapat  peribadi  aku ..

FIGHT  AGAINST  MIND  COLONISATION!!

Salam  Abstraxxx…
:D

  

  
(K)onspirasi  (P)emodenan  (O)perasi  (P)enjajahan
Usah  biarkan  hidup  kita  dijajah...
:D




0 kritikan: