Wanita atau gadis sememangnya sentiasa menjadi
perhatian para jejaka
tidak kira walau dimana
si gadis pingitan ini
berada. Seorang jejaka pasti
akan tertawan pada
gadis yang mempunyai
wajah bak puteri
kayangan.Fuhhhh…sape tak cair melihat gadis
secantik puteri gunung
ledang melintas di
hadapan kite??Namun persoalannya
kondisi pakaian yang
manakah yang menyerlahkan
kemanisan dan keayuan
gadis-gadis tersebut??
Kondisi satu:
Adakah gadis yang
berpakaian sendat, ketat,
padat,singkat , mantap tanpa bertudung itu dikategorikan sebagai gadis yang cantik??
Kondisi dua:
Gadis yang bertudung
tetapi pakaiannya ibarat
pakaian sewaktu darurat
yakni pakaian yang
dipakai oleh adik-adik
mereka sehingga ia
mampu mendedahkan segala
aset yang tidak
terkira nilainya. Gadis inikah
yang kelihatan lawa?
Kondisi tiga:
Gadis yang berpakaian
longgar dan menepati
hukum syarak yakni
melabuhkan tudungnya hingga
melindungi bahagian dada
dan tengkuknya, pakaiannya pula
longgar sehinggakan dengan
mudah angin dapat
berfungsi sebagai “cooler”
sewaktu hari panas
terik. Gadis inikah yang
kelihatan lawa??
Ape yang berlaku
di dalam zaman modenisasi
ini sememangnya mengejutkan
kerana:
·
Gadis
yang menutup aurat
dikategorikan sebagai radikal
ataupun kolot dan
tertutup pemikirannya disebabkan
gaya pakaian yang
dipakai itu tertutup. Pakaian itu
melambangkan minda mereka
tak berkembang selaras
dgn kemajuan Negara.
·
Awek
yang tutup aurat
nihh takder standard lahh…oldieess…kampong mari…tak
ikut perkembangan dunia
fesyen semasa…takk kelasslahh beb awek
pakai tudung
Setujukah
anda dengan tohmahan
yang dilemparkan terhadap
gadis2 ini oleh
masyarakat yang kononnya
hidup di dunia
moden?
Aku cakap gadis
yang pakai tudung tu sejuta kali ganda lagi lawa dari artis
yang gemar menjadikan aset mereka sebagai tontonan
percuma kepada khalayak sbb:
·
Tudung tu serlahkan kecantikan semula jadi wajah
anda. Kalau anda sedar yang anda tak selawa puteri kayangan maka cubalah
bertudung. Gerenti orang cakap lawa. Memperagakan
aurat anda kepada khayalak adalah satu perbuatan yang amat merugikan.
·
Tudung
mampu melindungi anda dari sinar UV yang boleh menyebabkan kanser
kulit!!taknak kepala botak di usia yang muda. Pakailahh tudung!!
Pendapat aku tentang gadis tak bertudung??
Saye merasekan bahawa
gadis yang tak bertudung ini:
·
Seorang yang sombong kepada perintah Allah. Knp
saye berkate sedemikian ghupe??
Dalam surah
An-nisa Allah s.w.t
telah pun menurunkan
ayat supaya wanita-wanita
menutup aurat mereka
dengan melabuhkan tudung
mereka bila berhadapan
dengan orang yang
bkn muhrim. Jelas??
·
Kurang
kesedaran ataupun pengaruh
persekitaran. Mereka bergaul dgn
rakan-rakan yang sedemikian
rupa yang menganggap
isu aurat bukanlah
isu yang berat.
·
Masih keliru nak pakai tudung ke nak freehair...
·
Hipokrit..maaf jika terlalu kasar krn anda hanya
memakai tudung untuk mematuhi perlembagaan sekolah/kolej/univerisiti sahaja.
Ape-ape alasan kaurang untuk
menidakkan penutupan aurat jawapan aku
mudah iaitu yang wajib tetap wajib.. yang haram tetap
haram…
Pinjamkan imaginasi anda untuk
situasi berikut:
·
Mahukah anda menyajikan suatu makanan yang sudah
sekian lama terdedah kepada suami anda? Anda membiarkan sajian makan tengah
hari/makan malam terkena cahaya matahari, dihinggapi lalat, terkena habuk lalu…
·
Anda mendapat hadiah dari kekasih dan hadiah itu
dibaluti kertas lutsinar yang membolehkan anda melihat apa isi kandungannya. Mesti
anda tak rase kejutan kan??
Aku bukan nak menunjukkan yang diri aku baik..tetapi
sebagai seorang bakal suami..secara jujurnya aku tak mahu ape yang ade pade
bakal isteri dilihat oleh orang lain..jumhur kaum lelaki bersepakat perkara
yang sama..ringkasnya:
·
Pemakaian pakaian berlandaskan syarak
menyerlahkan lagi keayuan anda. Anda tak perlu terpengaruh dengan dakyah
orientalis yang menyatakan pemakaian tudung menyekat kebebasan hak asasi
anda. Jadi jadikanlah konsep pemakaian menutup aurat itu satu2nya
cara pemakaian anda.
·
Anda akan dihormati jika pemakaian anda
menyejukkan mata khalayak. Anda juga akan malu untuk berkelakuan tidak senonoh
sekiranya anda memakai pakaian yang menutup aurat.
Entry ini dikeluarkan bukan untuk menimbulkan provokasi
daripada golongan terbabit. Entry ini hanyalah salah satu daripada teguran
ikhlas aku untuk para pembaca terutama sahabat2, rakan seperjuangan
dan musuh2 terhormat. Sepuluh
jari ku susun anda terdapat frasa yang mengguris hati anda.
anda lebih manis kalau macam nihh!! |
0 kritikan: